Wednesday 19 December 2012

Anda Muflis- Anda Masih Ada Peluang Kedua ......


Tampil beri kerjasama dan pandangan untuk cari penyelesaian. Itu peluang menanti mereka yang disenaraihitamkan serta diisytihar muflis terutama golongan muda bagi mendapatkan kembali hak serta bebas dari belenggu bankrap.

Menerusi pengumpulan maklumat di laman sosial facebook dan twitter, Pemuda UMNO bersama gabungan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) akan membawa semua pendapat berkenaan ke pengetahuan pihak berwajib termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz untuk pertimbangan selanjutnya.

Menjelaskan perkara itu, Exco Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, pihaknya terpanggil untuk menggerakkan inisiatif itu berikutan rekod sedia ada menunjukkan lebih 240,000 orang muflis termasuk kakitangan kerajaan dan usahawan tidak mendapat pembelaan.
Katanya, hasil pertemuan bersama Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) di Putrajaya baru-baru ini, terdapat ruang untuk mereka kembali menjalani kehidupan seperti biasa dengan komitmen kerajaan untuk mengkaji semula Akta Kebankrapan 1967 seperti diumumkan Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung Umno 2012 lalu.

“Kita mahu mereka ini tampil untuk memberikan pandangan serta bekerjasama dengan kita. Hasil daripada maklumat itu, kita akan bawa kepada pengetahuan pihak berkuasa dan saya yakin, akta baru nanti memberikan lebih ruang kepada orang yang bankrap untuk mendapat peluang kedua.

“Difahamkan, hanya dua puluh peratus saja yang berjaya dikenalpasti sementara bakinya tidak diketahui. Kita bimbang jika tidak dicegah, ia akan mengancam masa depan serta produktiviti negara,” katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Kempen Muflis @ Bankrap di sini, petang tadi.

Hadir sama, Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mokhtar Samad dan Ketua Biro Pemantau Perkhidmatan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Abdul Karim Said Khadaied.

Sohaimi yang juga Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan (BePU), Pemuda Umno, berkata, orang ramai boleh melayari blog 
www.muflis-peluangkedua.blogspot.com atau facebook dan twitter Muflis Peluang Kedua bagi tujuan itu.

Menurutnya, satu forum berkaitan isu berkenaan akan diadakan penghujung Januari depan dengan menghimpunkan mereka yang muflis untuk berbincang mengenai masalah terbabit dengan penyertaan beberapa Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Bank Negara Malaysia serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi menjawab segala perkara berbangkit.

“Kita juga melantik artis Fizo Omar sebagai duta kerana dia juga diisytihar muflis, jadi saya berharap orang ramai mengambil peluang ini dengan sebaik mungkin,” katanya.

Pemuda Gerakkan Inisiatif Bantu 240,000 orang muflis yang tidak dapat pembelaan

Sunday 16 December 2012

Datuk Antara Yang Muflis ..... Siapa?


Fizo Omar Juga Jadi Mangsa



"Saya tak dapat manfaat walau satu sen pun dan tak tahu apa-apa. tapi sekarang saya pula terpaksa menanggung hutang lebih RM2.5juta" kata pelakon terkenal, Fizo Omar yang mendakwa menjadi penjamin bagi pinjaman sebuah syarikat tanpa pengetahuannya ......


Isu Bankrupsi di Malaysia oleh PPIM

Info Muflis


41 Belia Muflis Setiap Hari ......


Kenapa boleh jadi begini .... adakah masa depan mereka akan menjadi KELAM?

Masih ada harapankah buat anak-anak muda nie?

Semakan Status Bangkrap di Malaysia : Antara Punca Utama Hutang Kereta (25%) & Hutang Rumah (12%)


Status Bankrap1 Semakan Status Bangkrap di Malaysia : Antara Punca Utama Hutang Kereta (25%) & Hutang Rumah (12%)
Bagi kami mana-mana parti politik yang mempunyai dasar yang cuba “memenangkan” rakyat Malaysia dalam 2 hal (kereta dan rumah) yang cukup dekat dengan golongan muda khususnya dan rakyat Malaysia umumnya akan ada kelebihan dalam Pilihanraya Umum ke 13 kelak.
Isu ini sudah berlarutan cukup lama yang yang man masih belum nampak jalan penyelesaiannya sekatakat ini. Dimaklumkan hutang perumahan dan hutang kereta merupakan antara penyumbang tertinggi yang menyebabkan ramai kalangan rakyat menjadi bankrap di Malaysia iatu di tanahair sendiri selain daripada hutang peribadi atau personal loan. 

SOALAN DAN JAWAPAN MENTERI BAGI MASALAH BANKRAP DI MALAYSIA

Jawapan balas Menteri di Jabatan Perdana Menteri berdasarkan hansard Parlimen
Bankrap Malaysia  Semakan Status Bangkrap di Malaysia : Antara Punca Utama Hutang Kereta (25%) & Hutang Rumah (12%)
Semakan Status Bankrap Semakan Status Bangkrap di Malaysia : Antara Punca Utama Hutang Kereta (25%) & Hutang Rumah (12%)
Penjawat Awam Bankrap Semakan Status Bangkrap di Malaysia : Antara Punca Utama Hutang Kereta (25%) & Hutang Rumah (12%) Itu sebab kami cukup bersetuju syarat untuk membuat pinjaman yang diarahkan oleh Bank Negara bermula awal tahun ini diperketatakan walaupun mendapat bantahan kalangan anak muda terutamanya. Tetapi apa pilihan yang ada sekarang ini? Sememangnya perlu ada pengawalan dan garis panduan supaya kalangan individu yang benar-benar ada kemampuan untuk menampung pinjaman yang dipohon sahaj diberikan pertimbangan dan kelulusan. Berbanding sebelum ini, pemberian pinjaman dilihat cukup longgar. Tetapi…….
Adakah cukup sekadar hanya Bank Negara yang bertindak sendiri danrakyat Malaysia terpaksa “berkorban” menahan impian buat sementara waktu ketika ini tetapi dalam pada masa yang sama harga kereta dan harga rumah di Malaysia dilihat masih lagi cukup angkuh untuk diletakkan pada nilai yang agak munasabah dan mesra pengguna? Kereta sekarang ini sudah menjadi suatu keperluan dikala pengakutan awam masih lagi ditakuk lama. Apa lagi pilihan untuk majoriti rakyat di Malaysia untuk bergerak?
  1. Cukai kereta di Malaysia masih lagi ditahap membebankan. Kami berikan satu contoh jikalau kereta yang bernilai RM60,000 contohnya dan kemudian memohon pinjaman kereta untuk tempoh 9 tahun
  2. Berapa jumlah keseluruhan yang perlu anda bayar kepada bank? Jumlah boleh mencacah sekitar RM100,0000
  3. Harga modal kereta tanpa cukai sahaja sudah mencecah RM35,000
  4. Nampak tak implikasinya, antara hubungan harga kereta dan dengan kadar interest bank lagi, sehingga ramai kalangan rakyat Malaysia bekerja selama ini berhadapan dengan nilai pembayaran semul riba pada kadar yang berlebihan.
Walaubagaimanapun, jika ada dasar yang lebih baik selepas ini bagi membendung masalah harga kereta dan harga rumah di Malaysia selepas ini, rakyat Malaysia terutamanya golongan muda yang cukup mudah terjerumus dengan masalah bankrap  ini, berpadalah ketika berbelanja.
“Ukur baju di badan sendiri. Jangan jadi papa asalkan dapat bergaya”
Sekarang ini kalau duduk di Kuala Lumpur dengan gaji RM2,500 contohnya dengan status sudah berkahwin mempunyai anak serta tanggungan kereta dan rumah, memang tidak mencukupi.
Kes harga kereta mahal di Malaysia contohnya hanya ada satu sahaja punca utama disebalik apa yang berlaku hari ini dan penyelesaiannya :
  1. Contohnya kes Proton
  2. Pembekal yang menjual komponen & barang kepada Proton adalah kalangan “pembekal yang bertuah” dilantik oleh Proton untuk membuat duit atas angin pada keuntungan yang berlipat kali ganda pada kualiti yang tidak setara. Dan inilah juga “nanah” yang masih belum mampu diatasi oleh pihak Proton sehingga kini. Dan nanah seperti ini jugalah yang menjadi antara punca utama kenapa VOlkwagen tidak berminat bekerjasama dengan Proton
  3. Jadi apabila modal buat kereta menjadi mahal disamping mahu membuat keuntungan berlipat kali ganda, mulalah merangka dasar untuk menjual harga kereta proton menjadi mahal
  4. Penyelesaian terbaik yang mampu dilaksanakan sehingga ke hari ini, naikkan duit import, duti eksais supaya kereta Proton yang diangkat menjadi kereta Nasional menjadi kebanggaan ramai rakyat Malaysia dapat bersaing dengan model kereta-kereta import yang lain
  5. Akhirnya, kereta rakyat Malaysia memerlukan kenderaan, mereka hanya memerlukan pilihan yang terhad dek bergantung kepada komitmen dan pendapatan masing-masing rakyat Malaysia.
  6. Disebabkan itu, rakyat Malaysia terpaksa membayar lebih semata-mata untuk mendapatkan sebuah kereta yang dianggap keperluan pada masa kini.
Mengapa perlu rakyat Malaysia pelru bayar sekali ganda sedangkan lebihan wang tersebut boleh digunakan untuk tujuan lain?  Bagi kami dasar yang dibuat oleh Bank Negara ketika ini belum cukup kuat lagi selagi belum ada dasar yang yang dibuat oleh kerajaan persekutuan bagi berikan lebih banyak ruang dan peluang kepada “rakyat Malaysia untuk memilih”ketika mereka mahu berbelanja.
P/S : Soal harga rumah pula contohnya perbanyakan lagi harga rumah mampu milik, berikan ruang dan peluang untuk rakyat Malaysia merasai nikmat tinggal di tanahair sendiri dengan memiliki sebuah rumah untuk didiami tanpa dihimpit babanan harga yang menekan mereka-mereka ini. Apa respon anda pula? Cadangan?

Sumber: BeritaSemasa.Com

Friday 14 December 2012

Salam Perjuangan buat semua ….



Blog ini diwujudkan di atas kesedaran dan selepas Pengerusi Biro Ekonomi & Pembangunan Usahawan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato’ Sohaimi Shahadan dalam membahaskan usul ekonomi dalam Perhimpunan Agung UMNO 2012 di mana:-

“Pemuda Mengusulkan Akta Kebankrapan di kaji atau dikemaskini mengikut relevan semasa…. Kerana usahawan muda masih sukar untuk keluar dari masalah bankrupsi” ……


Admin: Muflis-Peluang Kedua