Tampil beri kerjasama dan pandangan untuk cari penyelesaian. Itu peluang menanti mereka yang disenaraihitamkan serta diisytihar muflis terutama golongan muda bagi mendapatkan kembali hak serta bebas dari belenggu bankrap.
Menerusi pengumpulan maklumat di laman sosial facebook dan twitter, Pemuda UMNO bersama gabungan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) akan membawa semua pendapat berkenaan ke pengetahuan pihak berwajib termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz untuk pertimbangan selanjutnya.
Menjelaskan perkara itu, Exco Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, pihaknya terpanggil untuk menggerakkan inisiatif itu berikutan rekod sedia ada menunjukkan lebih 240,000 orang muflis termasuk kakitangan kerajaan dan usahawan tidak mendapat pembelaan.
Katanya, hasil pertemuan bersama Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) di Putrajaya baru-baru ini, terdapat ruang untuk mereka kembali menjalani kehidupan seperti biasa dengan komitmen kerajaan untuk mengkaji semula Akta Kebankrapan 1967 seperti diumumkan Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung Umno 2012 lalu.
Katanya, hasil pertemuan bersama Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) di Putrajaya baru-baru ini, terdapat ruang untuk mereka kembali menjalani kehidupan seperti biasa dengan komitmen kerajaan untuk mengkaji semula Akta Kebankrapan 1967 seperti diumumkan Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung Umno 2012 lalu.
“Kita mahu mereka ini tampil untuk memberikan pandangan serta bekerjasama dengan kita. Hasil daripada maklumat itu, kita akan bawa kepada pengetahuan pihak berkuasa dan saya yakin, akta baru nanti memberikan lebih ruang kepada orang yang bankrap untuk mendapat peluang kedua.
“Difahamkan, hanya dua puluh peratus saja yang berjaya dikenalpasti sementara bakinya tidak diketahui. Kita bimbang jika tidak dicegah, ia akan mengancam masa depan serta produktiviti negara,” katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Kempen Muflis @ Bankrap di sini, petang tadi.
Hadir sama, Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mokhtar Samad dan Ketua Biro Pemantau Perkhidmatan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Abdul Karim Said Khadaied.
Sohaimi yang juga Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan (BePU), Pemuda Umno, berkata, orang ramai boleh melayari blog www.muflis-peluangkedua.blogspot.com atau facebook dan twitter Muflis Peluang Kedua bagi tujuan itu.
Menurutnya, satu forum berkaitan isu berkenaan akan diadakan penghujung Januari depan dengan menghimpunkan mereka yang muflis untuk berbincang mengenai masalah terbabit dengan penyertaan beberapa Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Bank Negara Malaysia serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi menjawab segala perkara berbangkit.
“Kita juga melantik artis Fizo Omar sebagai duta kerana dia juga diisytihar muflis, jadi saya berharap orang ramai mengambil peluang ini dengan sebaik mungkin,” katanya.

Sy ingin bertanya bagaimana utk sy mnyertai muflis peluang ke2 ini? Apakh yg perlu sy buat? Sy tlh di isytihar muflis dan sy dah pergi ke jbtn lnsolvensi.tp jgka mase terlalu lama utk d lepaskn.hdup sy trtekan.sy ada 5org ank nk d tanggong.sy jgk blom ada kdiaman sendiri.slagi d isytihar muflis nmpknye sy trpakss mnumpang tggl d rmh mak mertua sy.tp smpai bila?jd sy hrp akn mndpt pnjelasan dr yg brkenaan.trimakasih.
ReplyDeleteElok la dipercepatkn perkara ni. Dh ramai yg teraniaya, bank langsung x bg peluang. Siapa lg nk bela golongan spt kami? Suara kami pn x laku. Selaku kerajaan pemerintah, kami mengharapkn suara anda utk membantu kami. Repot polis dibuat pn x laku. Katanya ini kes sivil. Tipu tu bukan kes jenayah ke? Jabatan insolvensi pn bukan mmbantu golongan penghutang teraniaya. tp lebih kpd agen pengutip hutang bg bank. Selagi x bayar hutang org lain, kamilh kena bayar. Kalau skit seratus dua x pe, tp kalau dh hutang org berpuluh ribu nk suruh org lain bayar, x ke gilerrr? X wujud jabatan insolvensi pn x pe camtu buat habis duit cukai rakyat je bayar gaji pd jabatan x berfungsi.
ReplyDeleteTp nk taw ape lk fungsi yg kate nk bg pluang kedua uh..lw ada pluang kedua yg d ckpkn uh cmane nk join?ada hrpn kew utk d kuarkn dr isytihar muflis bg yg teraniaya cm sy neh?lw nk join nk kena wat cmane?nk kene daftar kew? Cubelh trgkn cket utk sy taw..
ReplyDeleteMcm xde kesudahan je episod ni?
ReplyDeleteSaudara zakir, apa yg anda gelakkan sakan sebelah sohaimi shahdan tu? Dah kaya ye sekarang?
ReplyDeleteLega ada ruang pembelaan seperti ini. Sy ada CTOS, sbb pinjaman dgn koperasi. X boleh masuk AKPK. Jadi sy byr spt biasa dan tidak miss. Tetapi tunggakan byran sblum itu terus meningkat dgn bunganya. Sekrg jumlah loan 100k dah jadi 200k!! Akibatnya sy dh x boleh buka atau t/tgn akaun semasa atau akaun peribadi. Ini dh mcm muflis. Nak buat loan utk kecikkan jumlah ansuran pun memanglah x boleh dah. Kalau tidak boleh ringankan beban dan cantikkan bayaran serta bersihkan nama. Sedih sangat apa terjadi. Tak tahu lagi ikhtiar lain.
ReplyDeletesegala bantuan ikhlas dari yang prihatin semoga Allah jua yang memberi sebaik baik balasan.SESUNGGUHNYA doa orang yang dizalimi amat dimakbulkan. Kami.yg teraniaya sbg penjamin mengucapkan terimakasih kpd semua
ReplyDeleteyg ikhlas membantu.
Saya Nizam dari Pulau Pinang,
ReplyDeleteSy ingin bertanya bagaimana utk sy mnyertai muflis peluang ke2 ini? Apakh yg perlu sy buat? Bank memang nak istiharkan saya muflis tapi saya akur dengan mahkamah untuk terus membayar dengan senjumlah wang. Jadi saya tidak di istihar muflis walau bagaimana pun nama saya telah di BLACK LIST hampir 15 tahun ini adalah kerana projek rumah terbengkalai , pemaju cabut lari kenapa pembeli yang di cari . kalau projek jalan dan rumah siap siapa yg tak nak bayar dengan gaji sebagai kerja kilang sebulan berapa la sangat RUMAH SEWA , SEKOLAH Ank 3 ORG,Hutang kereta kena tarik semasa ekonomi jatuh tahun 2000 - 2002 semasa tu saya kena buang kerja kerana kilang mengalami kemorosotan penjualan,apa kerja semua saya buat utk menampung keuwanggan keluarga masa tu kerja sapu sampah,sequrity guard,petrol pam. Asal mendatang duit utk hidup. Mana cukup untuk bayar hutang ,masa tu bank umpama membunuh dlm diam.Saya telah berbincang dgn bank jawapan nya ITU BUKAN MASALAH SAYA,Saya telefon JABATAN PERUMAHAN NEGARA KUALA LUMPUR JAWAPAN NYA KAMI TAK BOLEH BUAT APA-APA.
Usia makin meningkat dari belum ada anak sampai anak 3 org nama saya di BLACK LIST.Impian utk sambung TAHAP 3 - TAHAP 4 terbengkalai kerana nama BLACK LIST.Bagaimana untuk meningkatkan pendapatan sedangkan pendidikan tak seberapa? Di harap dapat diri saya dan yang masih ramai lagi diluar sana di lepas nama dari di belenggu dgn nama BLACK LIST.
Saya ingin membuat cadangan kepada kerajaan KALAU betul ikhlas nak bagi peluang kedua.
ReplyDelete1. Mesti ada timeframe untuk seseorang jadi bankrap. Kalau hutang beliau bawah RM50k, dia jadi bankrap hanya untuk 3 tahun sahaja. Atas RM50k hanya jadi bankrap untuk 5 tahun sahaja. Lepas tempuh ini bankrap itu bebas dari segala nya.
Efek situasi begini akan menyebabkan tidak sukahati je nak bagi pinjaman membabi buta. Untuk si bankrap, INI LAH peluang kali kedua beliau. So dia dah menjalankan hukumannya.
2. Undang undang sekarang menghukum bankrap macam hukum bunuh. Bank/pemihutang bebas mcm tu je. Macam kes rasuah lah orang yang bagi dan terima tu di hukum setimpalnya.
Please go along this line. Dekat luar negara mereka buat mcm ni juga. Hj Zainorin
Salam
ReplyDeleteSaya antara seorang yg terjebak dgn dunia muflis ni.saya telah cuba berbincang dgn pihak bank utk byran ansuran mengikut kemampuan saya.tetapi di tolak dan pihak bank mahu saya membuat pembayaran mengikut kehendak mereka sedangkan saya sudah memaklum kan kemampuan saya.pihak bank masih ingkar dan betegas agar amaun yg harus saya bayar mengikut kehendak mereka dan di luar kemampuan saya.akibat nya saya mengendahkan perkara ini.selepaa 10tahun kes ini,saya diistihar kan muflis dan di sekat segalanya.benar insolvensi akan beri peluang utk membuka acc dan sebagainya.tetapi secara logiknya bagaimana utk dpt kerja bila da muflis.jadi kemana?
Bagi saya sekiranya kerajaan benar mahu beri peluang kedua,bantu si muflis ni dari segi pinjaman utk membayar semula ke bank yg berkenaan.saya yakin semua pemuda yg diistihar muflis akan lebih berhati hati bila mendapat peluang kedua.demi menjaga nama mereka.seperti saya,saya akui mmg punca dari kesilapan saya sendiri,tetapi apa peluang yg ada lagi,kalau di beri,pasti saya berhati-hati,xnak pisang berbuah 2 kali.
Fazal hussain
fazal_hussain_fh@yahoo.com
Saya cuba menghubungi sekretariat program muflis-peluang kedua ni.hasilnya saya hanya di layan oleh peti simpanan suara.adakah program ini benar2 ingin membantu atau hanya gimik sempena kehadiran PRU??????
ReplyDeleteBagaimana utk menyertai muflis peluang kedua ni?
ReplyDeleteBagaimana status program ni? Saya juga telah dibankrapkan bank,cuma belum diisytiharkan oleh insolvensi.
ReplyDeleteJika perlukan orang untuk jayakan program ni,saya sanggup sumbangkan keringat,bekerja sehingga pengsan pun saya sanggup.
Betul2 menyesal dengan perbuatan lalu. Bagilah kami tebus peluang kedua.
Program ni betul2 wujud atau sekadar promo gimik je?segala pertanyaan n kemusykilan berkaitan cara nk.sertai.program langsung tiada maklumbalas...harapan palsu ke apa ni??
ReplyDeleteprogram nih kencing je la aku rase..xpe pape info trkini langsung psl mende nih...saje nk glemer je kot...
ReplyDelete