Wednesday, 2 October 2013

Akta Kebankrapan 1967 bakal dipinda bantu individu bankrap

dari blog ..... www.sahabat-gunung.com

Jabatan Insolvensi Malaysia kini dalam proses meminda Akta Kebankrapan 1967 (Akta 360) bagi memudahkan individu yang diisytihar bankrap mendapat pelepasan kebankrapan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, melalui pindaan itu, beberapa peruntukan alternatif akan diperkenal kepada pemiutang untuk mendapatkan semula hutang berasaskan pada kerangka perundangan insolvensi seperti perkiraan sukarela individu dan skim pembayaran semula hutang.

Beliau berkata, draf rang undang-undang kebankrapan itu telah dibawa kepada perhatian pihak Jabatan Peguam Negara.

"Bagi peruntukan pelepasan, antara peruntukan yang dicadangkan ialah pelepasan secara automatik selepas kes ditadbir dalam suatu tempoh masa tertentu," katanya dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh) yang ingin tahu cadangan kerajaan untuk meminda undang-undang bagi memudahkan seseorang yang muflis keluar daripada kemuflisan.

Nancy berkata, berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi, seramai 246,357 individu diisytihar bankrap secara automatik dan disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen serta dilarang ke luar negara.

Menurutnya, subseksyen 38(1)(c) Akta Kebankrapan 1967 (Akta 360) melarang individu yang diisytihar bankrap untuk keluar negara kecuali dengan kebenaran Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia.

Nancy memberitahu, berdasarkan akta sedia ada, terdapat tiga cara bagi seseorang muflis untuk keluar daripada status bankrap iaitu pelepasan melalui perintah mahkamah, sijil pelepasan oleh Ketua Pengarah Insolvensi dan pembatalan melalui perintah mahkamah.

"Bagi pelepasan bankrap, pemohon boleh memfailkan permohonan di mahkamah bila-bila masa selepas dijatuhkan perintah penerimaan dan perintah penghukuman.

"Bagi pelepasan melalui sijil pelepasan, ia mengikut kuasa budi bicara Ketua Pengarah Insolvensi. Bagi melayakkan seseorang itu dilepaskan, kes kebankrapan mestilah ditadbir melebihi lima tahun selain kriteria lain tetapi tertakluk pada bantahan pihak pemiutang," katanya.

Beliau berkata, bagi pembatalan bankrap melalui perintah mahkamah pula, permohonan boleh dibuat sama ada apabila tuntutan telah dibayar sepenuhnya atau apabila fakta kes menunjukkan bahawa bankrap tidak sepatutnya dijatuhkan perintah penerimaan dan perintah penghukuman.

4 comments:

  1. saya ada hutang kerera dgn maybank.kereta dah lelong hutang ada baki 10k...baru ni saya terkejut hutang saya meningkat 20k..saya ada buat pmohonan melalui pegawai yg hubungi saya untuk selesaikan hutang dgn cara pembayaran rm100 sbulan mmandangkan saya tidak bkerja..tetapi pegawai tersebut tidak bersetuju dan telah mberi pnjelasan sekiranya saya nak mbuat pembayaran sdemikian saya dkehendaki mbayar rm1k sbagai pbayaran pmberhentian bunga hutang...sudah tentu saya todak mampu hendak mbayar rm1k tsebut..jika saya gagal untuk mbyar 1k tsebut bunga hutang saya tidak akan stop...
    soalan saya ialah:
    1. sy tidak mampu byr rm1k sbgai byaran stop bunga.
    2. kenapa kalau sy tidak mampu mbayar rm1k bunga masih dteruskan..
    3. adakah bunga boleh stop kakau sy byr rm1k tsebut..@ hanya pjanjian mulut dr pegawai btugas boleh mberhentikan bunga hutang..
    4. kmampuan untuk sy mbayar hutang hanya dibawah rm50 sbulan krn saya tidak bkerja.
    5. harapan sy agar tlg jelaskan tentang bunga hutang yg mningkat sedangkan hutang sy rm10k..
    6. minta bantuan dan pjelasan yg teliti..
    terima kasih
    suhaila abd khalil
    0193754900

    ReplyDelete
  2. Kerajaan Malaysia pengurusan tidak sempurna, terlalu memberi kuasa kpd bank. Bank ialah punca utama menyebabkan seseorang dijatukan bankruptcy. Bank di Malaysia boleh charge anda dengan bunga yg tinggi dan sesuka hati kalau masa anda tidak keupayaan membayar insuran bulanan. Ia tidak adil dan mangsa tidak dapat bantal dengan charge sehingga anda muflis. Malaysia kita tidak ada department yang boleh membantu anda pada masa tersebut.

    Apa kebaikan Malaysia? Ia hanya menyebabkan bankruptcy meningkat saja tahun ke tahun. Ia juga akan menyebabkan lagi perkembangan economic Malaysia masa depan. Tambahan pula bankruptcy laws di Malaysia akan menghukum seseorang muflis sampai boleh memusnahkan hidup seseorang. Dengan AKTA KEBANKRAPAN 1967, kita sangat jelas, ini kebanyakan disebabkan oleh kuasa bank yg keterlaluan.

    Bankruptcy laws di Malaysia memang boleh menyebabkan seseorang muflis melambatkan muflis untuk hidup semula. Di dalam undang-undang bankruptcy Malaysia ada banyak syarat yang menyikat muflis untuk perkembangan semula seseorang muflis, seperti: Tidak boleh berniaga sendiri, tidak boleh terima wang lebih RM500 dari lain orang(Dikehendaki melapor kpd JIM), tidak boleh keluar luar negara berkerja (Pastport disekat), tidak dapat memegang jawatan tinggi di syarikat dan lain-lain. Ini semua memang akan menyekat seseorang muflis menjadi wang untuk perlepasan.

    Harap kerajaan kita sedar dan tidak membunuh masa depan seseorang muflis di Malaysia ini dan tidak membunuh sesama sendiri. Bankruptcy yg meningkat masa sekarang boleh menyelesaikan jika Malaysia Bankruptcy Laws (Akta Kebankrapan 1967) boleh berubah mengikut masa sekarang, bukan akta kampung yg dulu. Untuk menjatuhkan seseorang menjadi bankrupt hutangnya kalau melebihi RM150,000 keatas. Harap juga yg telah dilaporkan bankrap pada masa sekarang akan dilepaskan secepat mungkin jika hutang tidak melebihi RM150,000. Inilah yang sempurna dan sesuai untuk masa kini.

    ReplyDelete
  3. Sepatutnya Kerajaan dengan kuasa dan akta yg dibuat boleh memberi pelepasan tanpa syarat kepada si bankrap yang telah melebih tempoh 10 tahun tanpa dipanggil.Buat apa kerajaan tanpa sedar masih tidak mahu menguruskan derita rakyat dgn bjiaksana dan berekonomi .Ini kan tidak bila mohon dah la lambat .macam2 hal dan doc mintak.Masa bank buat keputusan untuk bankrap kan kita semua senang je mahkamah buat keputusan .Harap orang2 seperti saya yg telah bankrap selama 19 tahun sepatut nya dilepas kan secara kuasa KETUA PENGARAH.INI TIDAK SURAT PERMOHONAN YANG SAYA HANTAR PADA TAHUN 2013 MASIH TIADA APA-APA MAKLUMBALAS.SEDANG KAN SAYA TELAH MEMOHON NYA SEKIAN LAMA.
    KESIAN SAYA .

    ReplyDelete
  4. Sepatutnya Kerajaan dengan kuasa dan akta yg dibuat boleh memberi pelepasan tanpa syarat kepada si bankrap yang telah melebih tempoh 10 tahun tanpa dipanggil.Buat apa kerajaan tanpa sedar masih tidak mahu menguruskan derita rakyat dgn bjiaksana dan berekonomi .Ini kan tidak bila mohon dah la lambat .macam2 hal dan doc mintak.Masa bank buat keputusan untuk bankrap kan kita semua senang je mahkamah buat keputusan .Harap orang2 seperti saya yg telah bankrap selama 19 tahun sepatut nya dilepas kan secara kuasa KETUA PENGARAH.INI TIDAK SURAT PERMOHONAN YANG SAYA HANTAR PADA TAHUN 2013 MASIH TIADA APA-APA MAKLUMBALAS.SEDANG KAN SAYA TELAH MEMOHON NYA SEKIAN LAMA.
    KESIAN SAYA .

    ReplyDelete