Friday 14 December 2012

Salam Perjuangan buat semua ….



Blog ini diwujudkan di atas kesedaran dan selepas Pengerusi Biro Ekonomi & Pembangunan Usahawan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato’ Sohaimi Shahadan dalam membahaskan usul ekonomi dalam Perhimpunan Agung UMNO 2012 di mana:-

“Pemuda Mengusulkan Akta Kebankrapan di kaji atau dikemaskini mengikut relevan semasa…. Kerana usahawan muda masih sukar untuk keluar dari masalah bankrupsi” ……


Admin: Muflis-Peluang Kedua

8 comments:

  1. Ada juga sahabat yg muflis akibat hutang krt, kredit card, rumah kena lelong... tapi sebenarnya punca utama adalah keadaan di luar kawalan iaitu masalah ekonomi dunia menyebabkan biz gulung tikar. Pada usia awal 40an beliau kini merana kerana masih ada hutang lebih 30k. Dicadangkan orang bangkrap diberi haircut oleh pihak bank sekiranya dia bankrupt sebab mangsa keadaan... sepertimana korporat besar yg diberi haircut dll bantuan. Satu lagi, apa guna dlm epf ada beratus ribu tapi tak boleh nak dikeluarkan... kini hidup merempat kerana bankrap. Dicadangkan org yg terbankrap dibenarkan pengeluaran epf akaun 2 utk keluar dr kebangkrapan.

    ReplyDelete
  2. Saya salah seorang yang diistihar muflis dan saya berumur 30an. Punca sebanar adalah ingin menolong ahli keluarga tetapi akhirnya jadi begini. Sebabnya adalah hutang refinance rumah oleh ahli keluarga yang menggunakan nama saya. Saya telah pun pergi ke bank sebelum diistiharkan muflis untuk menyelesaikan masalah ini tetapi pihak bank menyuruh saya membayar kesemua jumlah hutang terbabit sekali gus. Bila saya bertanya mengenai jumlah sebenar pihak bank memberitahu round figure RM35k persoalannya mengapa mesti round figure, kerana jumlah yang harus diberitahu mesti lah tepat. Kemudian saya pun hadir ke mahkamah dan disana saya sekali lagi terkejut kerana jumlahnya telah menjadi RM75k saya menjadi bingung kerana rumah sudah pun dilelong mengapa mesti RM75k. Kemudian tuan hakim memberitahu kepada saya lebih baik diistiharkan muflis kerana interest tidak akan di caj. Bila rujuk ke pihak insolvensi pula saya bertanya semula jumlah sebenar tetapi hampa kerana jumlahnya masih sama RM75k. Pihak insolvensi menyuruh saya membayar secara ansuran tiap-tiap bulan tetapi saya enggan kerana saya perlu tahu dahulu jumlah hutang sebenar saya tetapi tetap hampa. Sekarang bila saya mendengar tentang peluang kedua ini, saya berharap sangat PM dapat memberikan peluang kedua kepada Si Muflis amatlah bagus kerana ia dapat mengubah nasib kami dan Si Muflis dapat membina kehidupan yg baru dan juga tidak terus hidup dalam belenggu.Semuanya serba tidak boleh.

    ReplyDelete
  3. Salam.. Saya cadangkan agar satu dana khas ditubuhkan (samada diselenggarakan oleh AKPK atau Insolvensi)bagi membolehkan orang yang muflis meminjam dengan menggunakan simpanan KWSP sebagai jaminan pinjaman.
    Inilah jalan yang terbaik bagi kedua2 belah pihak dan bersesuaian dengan "peluang kedua".
    Saya juga mencadangkan pembayaran balik berdasarkan hutang pokok dan dikecualikan daripada "interest". Wasalam...

    ReplyDelete
  4. Salam...... bagi saya sistem kewangan di Malaysia perlu dikaji kembali jika di lihatkan pada sistem perbankan negara lebih mengutamakan kakitangan kerajaan dan bg kakitangan swasta seperti di anak tirikan maka ramai dari kakitangan swasta mencari alternative lain seperti ahlong untuk meminjam dan isu muflis ini harus ditubuhkan satu sistem atau skim untuk bantu mereka yg muflis dan harus ada bank yg dikendalikan oleh AKPK atau yang bekerjasama dengan AKPK untuk bantu golongan muflis ini mngkin golongan muflis ini sebelum muflis ada sebab2 tertentu dan saya pasti tiada siapa di dunia nie selesa dgn status muflis

    ReplyDelete
  5. ASSALAM.... MARI LAH KITA RAMAI2... YANG TELAH MUFLIS BANGUN BUAT SESUATU UNTUK BENTUKKAN SATU KESATUAN MUFLIS YANG DAPAT MEMBELA PADA ORG2 MUFLIS..... KAT MALAYSIA SAJA DAH HAMPIR 1 JUTA ORG DAH JADI MUFLIS.... SEKURANG2NYA.... KALAU SEORG SANGGUP KELUARKAN RM100 X 500 000 ORG BESAR JUMLAHNYA.... DENGAN DUIT ITU KITA SAMA2 USAHAKAN SUPAYA SAUDARA2 YANG MUFLIS DAPAT KELUAR DARI BELENGGU INI... SAYA TAK PANDAI SANGAT TAPI BILA KITA ADA DUIT... RAMAI DALAM GOLONGAN MUFLIS INI ADA ORG YANG BIJAK PANDAI... ADA YANG MUFLIS DARI GOLONGAN USAHAWAN, DOKTOR, PEGUAM DAN LAIN2 LAGI.... JADI TAK MUSTAHILL KITA TAK BOLEH WUJUDKAN SESUATU PROGRAM YANG DAPAT MEMBANTU UNTUK KITA SENDIRI... PALING BODOH PUN KALAU KESATUAN KITA DAH ADA DANA SENDIRI KITA BOLEH LABUR DALAM SESUATU PERNIAGAAN ... ATAU KITA WUJUDKAN SENDIRI KESATUAN KEWANGAN SUPAYA YANG MUFLIS DAPAT MODAL UNTUK BERNIAGA SEMULA.... SEPERTI MANA WUJUDNYA " TEKUN" DAN SEBAGAINYA.... MARILAH KITA RAMAI2 FIKIRKAN SESUATU.... BIARLAH KISAH KAKAK DAN ABANG YANG DIPENJARA MENJADI SEMANGAT UNTUK KITA YANG MUFLIS.. BANGUN DARI PENINDASAN..... KALAU NIAT KITA IKHLAS INGIN BANGUN DAN MEMBANTU SESAMA KITA YANG MUFLIS WALAU PUN BERLAINAN BANGSA DAN AGAMA.... INSYAALLAH.... ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA.... PERCAYA LAH!!! FIRSTLY KITA MESTI ADAKAN DANA KITA SENDIRI.... SAYA SERU KEPADA YANG MUFLIS SELURUH MALAYSIA MARILAH KITA RAMAI2 BANGUN DAN USAHAKAN SESUATU....

    ReplyDelete
  6. Bro Shukry...cadangan anda tu bagus...kita tubuhkan persatuan... tapi cuba saudara fikirkan...siapa yang nk jd pengerusinya? golongan bangkrap xdibenarkan utk memegang ape2 jawatan tinggi... pd saya la... langkah pertama yang perlu diambil ialah menggubal dasar n akta kebangkrapan... kaji semula pantang larang seorang bangkrap... kita bukan penjenayah atau pemberontak... sedangkan pada hari ni kita sendiri xboleh nk buat ape2 pinjaman utk kita bangkit semula... Berbeza pulak dengan orang2 yang bebas penjara... mereka xde sekatan terhadap akaun bank mahupon sekatan dari meminjam bank... sbb tu saya katakan yang kita yg bangkrap ni bukan penjenayah tapi kita dilayan seperti penjenayah.. Pihak kementerian kewangan perlu memantapkan kuasa bank negara dalam mengawal bank2 n memastikan bank2 mengikut arahan... yg berlaku sekarang adalah sebaliknya. saya katakan berdasarkan pengalaman.. pihak bank lebih berkuasa dari pihak bank negara. n bank negara mengikut arahan dari pihak bank. ikuti kisah saya yang dipost dibawah tajuk "Anda Muflis - Masih Ada Peluang Kedua" anda semua boleh baca post saya di situ.

    ReplyDelete
  7. Kami belia yg banyak idea nk bangun tetapi tidak boleh lakukan apa2 perubahan . Hanya di takuk yg sama . Beri kelonggaran pada kami .kami perlu terus hidup .

    ReplyDelete
  8. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete