Thursday, 3 October 2013

Sekretariat Bebas Muflis bela golongan muflis



SUNGAI BULOH 3 Okt. - Mereka yang muflis akibat menjadi penjamin sosial, masalah teknikal dan tertipu mendapat jaminan lisan daripada menteri berkaitan bahawa masalah mereka akan diselesaikan.

Pengerusi Sekretariat Bebas Muflis, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, jaminan lisan itu diperoleh ketika sekretariat mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dan Ketua Pengarah Insolvensi, Rohana Abd. Malek baru-baru ini.

"Pada pertemuan itu kami sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah diberi jaminan lisan oleh menteri bahawa masalah muflis dalam kalangan penjamin sosial akan diselesaikan dengan cara terbaik.

"Malah menteri juga bersetuju menerima penubuhan kami di mana perlunya sebuah entiti lain seperti Sekretariat Bebas Muflis untuk menjadi pemudah cara dan memberikan pemahaman antara golongan muflis dan juga jabatan," katanya kepada pemberita pada pelancaran Sekretariat Bebas Muflis di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Ekonomi dan Usahawan Pemuda UMNO turut berkata, pada fasa pertama itu sekretariat akan mengumpul nama-nama mereka yang 'dizalimi' untuk diberikan khidmat nasihat sebelum kes mereka dihantar ke Jabatan Insolvensi.

Malah Sohaimi turut menegaskan, sekretariat akan mendesak jabatan agar menyelesaikan dengan kadar segera masalah golongan muflis yang berkait dengan penjamin sosial, masalah teknikal mahupun yang ditipu.

"Selama ini golongan ini terasa dipinggirkan dan mereka juga menganggap jabatan tidak akan dapat menyelesaikan masalah mereka jadi kita akan menjadi jambatan sebagai penghubung dan insya-Allah kita akan cuba selesaikan masalah mereka.


"Untuk itu juga kita merayu Jabatan Insolvensi akan menjadi lebih proaktif bagi membolehkan masalah golongan teraniaya ini diselesaikan secepat mungkin dan tidak lagi menjadi batu penghalang," katanya. - UTUSAN ONLINE


8 comments:

  1. Kepada Kerajaan Malaysia,
    Kerajaan Malaysia yang terlalu memberi kuasa kepada bank menjadi penyebab kepada pengurusan tidak sempurna. Bank ialah punca utama seseorang individu menjadi ‘bankruptcy‘ atau muflis.
    Bank-bank di Malaysia boleh mengenakan caj dengan kadar faedah yang tinggi dan sesuka hati kalau masa anda tidak keupayaan membayar insuran bulanan. Ia tidak adil dan mangsa tidak dapat berbuat apa-apa sehingga anda muflis. Malaysia kita tidak ada jabatan yang boleh membantu anda pada masa tersebut.
    Ia hanya menyebabkan bankruptcy meningkat saja tahun ke tahun. Tambahan pula bankruptcy laws di Malaysia akan menghukum seseorang muflis sampai boleh memusnahkan hidup seseorang. Dengan AKTA KEBANKRAPAN 1967, kita sangat jelas, ini kebanyakan disebabkan oleh kuasa bank yang keterlaluan.
    Bankruptcy laws di Malaysia memang boleh menyebabkan seseorang muflis dan melambatkan muflis untuk hidup semula. Di dalam undang-undang muflis, ada banyak syarat yang mengikat si muflis seperti tidak boleh berniaga sendiri, tidak boleh terima wang lebih RM500 dari orang lain (dikehendaki melapor kpd Jabatan Insolvensi Malaysia), tidak boleh keluar luar negara bekerja (pasport disekat), tidak dapat memegang jawatan tinggi di syarikat dan lain-lain. Ini semua memang akan menyekat seseorang muflis mendapat wang untuk pelepasan.

    Harap kerajaan kita sedar dan tidak membunuh masa depan seseorang muflis di Malaysia ini dan tidak membunuh sesama sendiri. Bankruptcy yang meningkat boleh diselesaikan jika Akta Kebankrapan 1967 boleh berubah mengikut masa sekarang, bukan akta kampung yang dulu. Untuk menjatuhkan seseorang menjadi bankrap hutangnya kalau melebihi RM150,000 ke atas. Harap juga yg telah dilaporkan bankrap pada masa sekarang akan dilepaskan secepat mungkin jika hutang tidak melebihi RM150,000. Inilah yang sempurna dan sesuai untuk masa kini.
    Kerajaan Malaysia memang kena mempertimbangkan seseorang yang telah jatuh bankrap kalau hutang tidak melebihi RM150,000 atau RM100,000 patut diberi peluang untuk pelepasan automatik pada awal tahun 2015 ini. Ianya sangat jelas, yang telah difailkan bankrupcy, akhir hutang akan ditambah oleh pihak bank dan hantar kepada JIM.
    Kalau seseorang dijatuhkan bankrap dengan jumlah hutang yang tinggi, mungkin dia ada niat untuk mendapat manfaat dari pihak bank atau kerajaan kita. Akhirnya saya sebagai wakil pihak muflis harap Kerajaan Malaysia kita dapat mempertimbangkan isu isu seperti ini.

    ReplyDelete
  2. Salam boleh bantu sy supaya bebas muflis 0176388933

    ReplyDelete
  3. Asalamualaikum. Saya nak tanya dengan cara macam mana tu jika sesorg tu sudah jatuh muflis boleh bebas daripada muflis???

    ReplyDelete
  4. bantu sy..sy amat tertekan..bole hubungi sy d 01227431314

    ReplyDelete
  5. bantu sy..sy amat tertekan..bole hubungi sy d 01227431314

    ReplyDelete
  6. bantu sy..sy amat tertekan..bole hubungi sy d 0122431314

    ReplyDelete
  7. Saya baru 33tahun. Saya dibancrupcy. Kini saya tak boleh beli rumah, Kereta dan loan. Mcm saya lepaskan dr ini.

    ReplyDelete
  8. saya adalah mangsa teraniaya bank yg membankrapkan saya atas sebab kesilapan teknikal staff bank tersebut.akibat dari perkara itu majikan mendapat tahu dan menghantar surat tunjuk sebab. Ini menyebabkan saya mengalami mental distress dan amat malu dengan majikan saya walaupun saya tidak bersalah. apakah tindakan yg boleh saya ambil terhadap pihak bank tersebut?

    ReplyDelete