Kuala Lumpur, 14 Nov–
Sekretariat Bebas Muflis hari ini menyambut baik perhatian dan tindakan
kerajaan serta Jabatan Insolvensi yang telah menerima pandangan dan cadangan
dari Sekretariat Bebas Muflis yang mana Akta Kebangkrapan 1967 akan digantikan
dengan Akta baharu yang akan dibentangkan di dalam Dewan Rakyat pada tahun
hadapan.
Pengerusinya,
Dato' Sohaimi Shahadan berkata, Sekretariat Bebas Muflis adalah sebuah sekretariat
bersama dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), merupakan satu
inisiatif bagi membantu golongan golongan muflis menyuarakan pendapat, rintihan
dan permasaalahan yang dihadapi apabila dijatuhkan hukuman sebagai seorang yang
bangkrap atau muflis.
"Dengan
seramai lebih 250 ribu pemuflis yang ada sekarang ini dan hanya 28% sahaja yang
berdaftar dengan Jabatan Insolvensi untuk ditadbir dan diberi peluang kedua,
kami merasakan wajar kami membantu dan menerangkan serta memberi khidmat
nasihat kepada para muflis akan hak hak dan peluang kedua yang diberikan oleh
kerajaan.
“Kebangkrapan
bukan penghujung hidup, sebaliknya ia boleh menjadi pelindung apabila seseorang
gagal untuk membayar hutangnya kepada pemiutang atas pelbagai faktor”
menjadikan kita di Sekretariat Bebas Muflis amat bersemangat sekali untuk
membantu para muflis dan Jabatan Insolvensi dalam melaksanakan usaha usaha
membebaskan para muflis daripada kemelut hutang yang ditanggung," ujarnya
yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Tambahnya, antara perkara yang di
umumkan oleh YB Hajah Nancy Hj Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang
bertanggunjawab ke atas Bahagian Hal
Ehwal Undang Undang (BHEUU) dan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), adalah
pelepasan automatik kepada golongan muflis selepas sesuatu tempoh tertentu dan
difahamkan draf undang undang itu telah dibawa kepada Jabatan Peguam Negara.
Selain
itu juga kerajaan akan memberikan peluang kedua yang lain di dalam draf
cadangan tersebut.
"Sekretariat
Bebas Muflis ingin juga menyarankan agar beberapa cadangan lain saperti
penggunaan khidmat CTOS (yang dikendalikan oleh swasta) yang banyak menyusahkan
orang ramai dari segi maklumat yang tidak dikemas kini dan ini menimbulkan
ketidakadilan dan penganiayaan, agar dikaji semula dan dihentikan terus perkhidmatannya
dan digantikan dan diuruskan oleh pihak kerajaan sendiri dalam menentukan
status kredit seseorang untuk dinilaikan oleh institusi kewangan dan
sebagainya.
Selain
itu kami berharap agar proses pinjaman dan lain lainnya dirombak semula agar tidak
ada timbul masaalah penjamin sosial, teknikal, terianiaya dan tertipu dengan
sistem yang ada sekarang ini," ujarnya lagi.
Sekretariat
Bebas Muflis ingin mengingat dan menyarankan agar draf Akta baru ini yang akan
dibentangkan diparlimen tahun hadapan merupakan satu Akta yang lengkap, kemas
dan meliputi semua penyelesaian keatas permasaalahan yang timbul selama ini
dengan mengambil kira peredaran zaman yang mana kemajuan bergerak dengan pantas
dan sesuatu Akta itu bukanlah selalu boleh digubal.